Want your
own Fotopage?






 
Syaz fotopages

By: Abah Along

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Dec-2007 09:23 Email | Share | Bookmark
Potong.....potong .....potong......Sunathon...

Penah tengok budak bersunat tak ?......
Ok abah nak berkongsi pengalaman bagi yg tak pernah tengok budak bersunat.
Pada Sabtu 8hb Disember 2007 baru-baru ini abah dan Drzeze telah mengadakan Program Sukarela Sunathon iaitu bersunat beramai-ramai secara percuma kpd anak-anak di Mukim Bidor, Sungkai, Tapah dan T.Intan..... nak tau berapa ramai....156 orang semuanya.... Projek ini dijalankan secara SUKARELA dgn kerjasama PPIM ( Persatuan Perubatan Islam Malaysia ) JKNP dan di uruskan oleh Penduduk Kg Dato'Kamarudddin Bidor. Dibantu oleh Mahasiswa Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (Universiti tempat Along belajar). ada juga dari UMS dan Kolej Perubatan Diraja Perak Dan Kolej Perubatan Pulau Pinang.

Babak Pertama ni abah nak tunjuk gambar bersunat dulu.... jom tengok

Org tua-tua kata org perempuan tak boleh tengok.....lambat baik......hehehee...tapi Dr Perempuan lebih ramai dari Dr lelaki sekarang ni.....

Seramai lebih dari 30 org Sukarelawan terdiri dari Doktor, HA, Kakitangan Hospital dan seramai 100org Mahasiswa dari Universiti Perubatan Cyberjaya yg diketuai oleh Prof Dr. Abdul Latif telah menyunatkan 148 org kanak-kanak dari jam 9.00pagi hingga jam 3.30 ptg. dan 7 orang tak jadi sunat......heheheee

Ada dua cara sunat iaitu guna Laser dan Guna Gunting.

Prof Dr. Abdul Latif dan mahasiswa mengunakan kaedah laser dimana kaedah ini adalah kaedah baru yg mengunakan laser utk memotong . Kaedah ini amat baik kerana ia cepat dan tidak berdarah kerana urat darah tersebut dimatikan dengan leser tersebut . Cuba perati gambar-gambar dibawah.




Cara kedua adalah mengunakan gunting, dll. Ia adalah cara yg biasa digunakan dan cara ini ada darah akan keluar dan ada sedikit tambahan kesakitan .








Kelihatan dlm gambar YB Dato'Samsuddin Abu Hassan ADUN AIR KUNING sedang memerhatikan acara sunat tersebut... Terima kasih YB kerana banyak membantu kami...


Abah sebenarnya penakut......masa along,angah,ajim dan arif sunat dulu pun abah tak masuk bilik bedah hanya Drzeze aje....tapi dek kerana mengiringi YB terpaksalah abah masuk tapi abah menyorok belakang camera aje....heheeeee


Perkara yg paling frust ialah apabila anak yg kita bawa utk bersunat tak mahu bersunat.... kesian kat anak saudara si man tu....dah masuk 4 kali tak jadi bersunat... kenduri dah 4 kali...suspen pun dah 4 kali.....


Untuk meredakan debaran mereka ...... kita mandikan dulu mereka ...... apa lagi hilanglah sementara debaran mereka ...sakan deme mandi....




Along,......
Along lulus test jadi penyunat....jadi pada hari tu dia boleh menyunatkan kanak-kanak tu... dia berjaya menyunatkan 5 orang kanak-kanak... Shukur pada ALLAH ..along dah nampak masa depannya...tapi masih jauh lagi perjalanan....teruskan lah along ...abah sentiasa menyokong mu....





Gambar ni ketika kami menunggu YB datang...lepas tu kami berarak ke tempat perasmian diiringi oleh paluan kompang oleh anak buah cikgu Khalil....

ini deme dah boring menunggu le tu.....


Lihatlah wajah menahan kesakitan.....yg ini hero...sampai nak ditumbuknya Dr. tapi akhirnya Drzeze suruh dia mengucapkan kalimat Lailahhaillaalah.... akhirnya dia bertenang dan dapat menyelesaikan sunatnya.....




Dewan Ini menempatkan 10 meja bersunat.......


Bilik Sek Agama rakyat ini menempatkan 12 meja bersunat.


akhirnya Mat Huzait dan Aiman selamat bersunat.....heheeee kembar aiman si Akmal lari tak mau bersunat.... YB Dato' tengah menyampaikan cenderahati pada Aiman Dan Huzait....


Inilah Mahasiswa/siswi Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dirumah abah..... disebabkan mereka ramai abah tempatkan mereka dirumah keluarga angkat iaitu dirumah penduduk Kg kami..... Bukan main seronok keluarga angkat mereka sebab dapat anak angkat bakal doktor....ada yg belajar tajuit drpd bapa angkatnya sampai jam 2 pagi, ada yg belajar masak rendang.....macam-macam lagi..... Tapi yg bagusnya abah peratikan deme ini bersatu, bertanggung jawab dan menghormati org tua......

abah dapat 9 anak angkat....tapi dik kan kesebokan menguruskan program tu ..tak dan abah nak bermesra dgn mereka..... lebih-lebih lagi ada lebih 40org sanak saudara abah ada juga datang kerumah abah utk program tersebut...jadi rumah kami cam pesta lah pulak.....



Terima kasih kepada semua SUKARELAWAN-SUKARELAWAN juga semua termasuk org kg abah yg bertungkus lumus menjayakan program tu........Semoga ALLAH sahaja yg membalasnya.......

Banyak Gambar-gambar lagi, yg mungkin ada di PF Drzeze dan Along Syafiq.......

asssalamualaikoum......

keluar surat khabar le pulak.............





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net