Syaz fotopages

By: Abah Along

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 21-Nov-2007 04:40 Email | Share | | Bookmark
Entry Khas utk Aruah Tok Melah

Pada Jumaat 16/11/07 perginya Aruah Tok Melah ......rupa-rupanya raya yg lepas adalah raya terakhir untuk nya...... Semoga ALLAH menempatkannya ke kedudukan yg baik disisinya.....

Abah cuba beranikan diri utk shoot dari awal pengurusan pekembumian nya ...tapi takut juga org kampung marah kad abah.....tapi tujuan abah bukan utk mengaibkanya tapi utk kita sama-sama mengingati diri kita ....kerana kematian selalu mengingatkan kita pada amalan kita yg telah kita buat selama hidup kita....... Talkin tujuanya bukan untuk org mati tapi org yg hidup mendengarnya......

Diriwayatkan dari Anas رضي الله عنه , kata beliau, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Banyakkanlah olehmu daripada mengingati akan mati, kerana bahwasanya membanyakkan mengingati mati itu menghapuskan segala dosa dan menzuhudkan hidup di dalam dunia ini (Riwayat Ibn Abi ad-Dunya;az-Zuhd oleh ibn Mubarak; Kasyful Khafa oleh al-‘Ajluni)
Sabda baginda lagi: Cukuplah kematian itu sebagai nasihat. Dan cukuplah kematian itu sebagai sesuatu yang memisahkan (Hadits riwayat al-Baihaqi dan ath-Thabrani - dhoif)

Jom kita sama-sama mengingsafinya......

Sembahyang mayat ini diimamkan oleh anaknya sendiri......bertuah dia ...kerana hampir semua ibu bapa mahu anaknya sendiri utk mengimamkan mereka jika mereka mati...... tapi bukan semua org mampu....bukan sebab tak pandai...tapi ramai yg tak konfiden...dan takut pak imam lebih berkat....... dari kita sendiri.....

ramai sahabat dan saudara Tok Melah sembahyangkan nya..... salah satu amalan di sebelah utara adalah panggil org pondok untuk meramaikan org sembahyang mayat.. tapi kali ini tiada org pondok...... abah tak berapa faham kenapa org pondok dipanggil kerana bila panggil dema banyak kos kena tanggung seperti kos ven, kereta dan sumbangan yg telah ditetapkan..kekadang tu sampai beribu.....abah lebih suka sanak saudara kita sendiri sembahyangkan kerana lebih ikhlas walaupun sedikit bilanganya......


Di sini mayat dimasukan kedalam keranda dan ditanam bersekali dengan keranda kerana keadaan tanah disini bendang yg mudah berair bagi tanah pekuburan yang tinggi kebanyaknya tidak mengunakan keranda , cuma masukkan mayat kedalam lubang yg lebih kecil dan kemudian di atas nya ditutup dengan kepingan papan dan kemudian ditimbus dgn tanah. Selalunya muka mengadap kiblat dan dibantalkan dengan sarung bantal diisi tanah ....


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal
diwaktu mati
1. Para Nabi 2 Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Talkin....Pada tengahari itu 3 org Tok Guru bacakan talkin dan doa....selalunya kad perak hanya seorang aje..... yg menariknya ditanah pekuburan tu ada kerusi dan payung khas untuk pembanca talkin..........

Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu?

Boleh jawab ke ...tentu boleh kan......tapi didunia ini ..kalau mati entahlah....

Talkin sepenuhnya oleh dibaca di ;- http://psittacula.wordpress.com/2007/02/26/bacaan-talkin/



Ditanah pekuburan ini terpaksa digunakan alat pengorek untuk menimbus tanah sebab dikawasan ini adalah tanah tambak kotor yang bercampur tanah liat keras dan bahan buangan oleh itu terpaksalah menimbusnya digunakan jentera....


akhirnya anak cucu akan menabur bunga utk tujuan wangian dan jga air utk tujuan memantapkan tanah.......

Dalam sebuah hadits riwayat ad-Dailami didalam Musnad al-Firdaus

ذكر الأنبياء من العبادة وذكر الصالحين كفارة وذكر الموت صدقة وذكر القبر يقربكم من الجنة

Maksudnya : Mengingati para Nabi adalah ibadah, mengingati orang-orang sholeh adalah kafaarah dan mengingati mati adalah sedekah dan mengingati qubur mendekatkan kalian semua kesyurga (Menurut Imam asy-Sayuthi didalam al-Jami’ asy-Shoghir, hadits ini dhoif)


Banyak gambar abah shoot tapi disebabkan menghormati keluarga Aruah , abah tak paste kad sini........

InsyaAllah ini semua akan membuat kita mengingati mati dan bersedia untuk menghadapi saat kematian dan hal-hal yang seterusnya selepas kematian. Mati itu merupakan pintu untuk perjalanan seterusnya yang lebih panjang ........


يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! BERTAQWALAH kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu MATI melainkan dalam ISLAM


Thursday, 8-Nov-2007 23:45 Email | Share | | Bookmark
2 lintah darat ...........

ramai anak-anak kita sekarang yg tak pernah pun tengok sawah padi secara dekat ... tu yg abah dapat tau ramai yg pangil Pokok Padi .........jadi " Pokok Nasi"..... dan yg menghairankan ramai yg berusia awal dewasa yg tinggal dalam kawasan padi pun dah tak tau menanam padi.......

2 lintah darat.......mengapa ada 2 lintah darat...... masyarakat pesawah sering dikaitkan dengan kemiskinan pada satu masa dulu.... si lintah darat ni lah yg bermaharaja lela...menghisap darah pesawah miskin.....tapi sekarang ni dah tambah satu lagi silintah darat/air .....


kita lihat lintah darah pertama.........

MAKCIK AISHAH..............


masa balik tengok tok tak sihat baru ni , abah nampak sesaorang terbongkok-bongkok dibendang.....apalagi abah pun terus pegi dekat bawa kamera.....rupanya Makcik Aishah ....... abah pun minta kebenaran nak shoot dia...malu katanya........boleh.... tapi jangan nampak muka.....abah pun shoot le..... ini hasilnya....



Yang menariknya ......abah pun duduk bersembang dgn Makcik Aishah ni sambil dia mencabut anak padi yg tumbuh terlalu rapat untuk di tanam di tempat yg telah jarang dimakan oleh siput gondang.....nanti kad bawah abah cite pasal siput gondang ni....

Makcik aishah cite zaman muda dulu keluarga suaminya banyak tanah bendang... tapi zaman dulu tak sama macam kita sekarang.....dulu serba serbi kita tak tahu...sistem bank , bantuan dan sebagainya.... jadi masa dulu bila ada masaalah tak cukup duit sikit kita akan mengadu pada org kaya dikampung kita... jadi dia bagi le dua tiga ratus ringgit, lepas tu kalau ada masaalah lagi anak nak ke Kuala Lumpur ke, kenduri kawin ke, nak kemekah ke ....deme meminjam pd org kaya tadi....tapi bila dah banyak mulalah org kaya tu minta balik duitnya....jadi akhirnya satu demi satu tanah bendang terpaksa diberi kepada org kaya tu..... sebenarnya harga pinjaman tak seberapa besar jika dinilai dgn harga nilai tanah tu..... tapi itulah lah penindasan lintah darat yg tak disedari oleh orang kampung disitu atau dimana-mana masa tu..... mereka cuma anggap org kaya tu penyelamat mereka kerana menolong memberi hutang......... jadi satu demi satu tanah mereka tergadai sebenarnya............... bukan dia saja yg mengamalkan sistem macam ini tapi kebanyakannya bagitu.....

tapi sebenarnya itu cerita dulu .....tapi rupanya sekarang ini ade lagi macam tu.... tapi deme masih tak nampak....mungkin terpaksa...masih meminjam dan terus meminjam dan masih tergadai sawahnya......





SIPUT GONDANG EMAS (SGE).....

Ini lintah darat/air kedua...... . .......ia berupaya merosakan berelong-relong bendang petani miskin atau kaya..... (relong = adalah sukatan keluasan sepetak sawah di Kedah) . Bila terkena si gondang emas ini seperti satu kesusahan tiba ..... petani terpaksa "meracun" bermakna terpaksa keluar duit beli racun yg mahal harganya dan kemudian kena menyulam kembali sawahnya.... Si gondang ini pandai, bila diracun dia akan masuk tanah dan bila keadaan racun telah tawar dia akan keluar dari tempat pesembunyianya........ jika tidak dikawal maka sedikitlah hasil bendangya pada musim tu.......

yang macam anggur merah ni le telur siput gondang... sory le tak berapa clear kalau pro shoot ...tentu lebih menarik.... kita boleh tengok di beberapa bahagian dalam bendang diserang oleh siput gondang ni..... siput ini amat bahaya kerana ia akan makan anak padi yg baru disemai menyebabkan kawasan diserang anak padi mati ....





tengok banyaknya siput tu kad sawah......





ini gambar siput tu dlm bendang.....sebenarnya masa abah shoot siput tu sedang bergerak untuk makan anak padi tu......



ini pula kawasan yg telah diserang oleh siput tu.....padi dikawasan tu dah jarang ...jadi kawasan inilah yg Makcik Aishah kena sulam iaitu anak padi yg dicabutnya tadi ditanam semula dikawasan ini........


Kalau ade yg nak tau lebih tentang siput ni......rajin le baca sibawah ni.... maklumat abah ambil dari mardi........
Siput gondang emas (SGE) adalah sejenis siput air tawar daripada keluarga Ampullaqridae berasal dari Amerika Selatan. Siput ini mula diperkenalkan ke Taiwan di antara tahun 1979 dan 1981 untuk diternak sebagai satu jenis sumber makanan. Dari Taiwan, SGE diperkenalkan ke Filipina untuk tujuan yang sama sekitar tahun 1983/84. Sejak itu kehadirannya telah dilaporkan di Jepun, China, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Kehadiran SGE pertama di Malaysia dikesan di satu kawasan bekas lombong di Puchong, Selangor pada September 1991. Pada bulan November 1991. SGE dikesan dalam sawah padi di Kampung Pengkalan Semeling, Kuala Muda, Kedah. Sejak itu, kehadiran SGE turut dikesan di beberapa kawasan lain dan terus merebak ke kawasan penanaman padi di bawah tadbiran Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA). Sehingga tahun 2001, SGE telah merebak ke kawasan-kawasan lain-lain di Kedah termasuk kawasan penanaman padi di Kulim. Kehadiran SGE di Perak pula mula dikesan di kampung Labu Kubung, Cenderung Balai pada musim kedua 1994. Keluasan kawasan serangan awal adalah 82 ha. Pada musim kedua 1988, keluasan kawasan serangan telah meningkat kepada lebih daripada 2,600 ha. Sejak itu serangan SGE telah merebak ke kawasan lain termasuk Chuichak dan estet padi FELCRA Seberang Perak. Pada tahun 2003, tiga kawasan baru didapati diserang SGE iaitu Kelantan, Seberang Perai Utara dan Pulau Pinang. Di Kelantan, serangan SGE dikesan di Pasir Mas pada musim utama 2003 dengan keluasan kawasan serang lebih kurang 80 ha. Di Pulau Pinang, serangan SGE dikesan di mini estet padi Sg. Burung, Balik Pulau pada musim kedua 2003. Keluasan kawasan serangan adalah lebih kurang 100 ha melibatkan 40 orang petani. Di Seberang Perai Utara serangan SGE dikesan di kawasan Pinang Tunggal, Bertam dan Bumbung Lima. Banjir besar pada awal tahun 2004 telah menyebabkan perebakan ke kawasan yang lebih luas. Kehadiran SGE dapat dikesan dalam saluran air buang di Penaga.
Terdapat dua spesies SGE di Malaysia . Pomacea insularis yang berwarna kehitaman, lebih banyak ditemui di Perak sementara SGE berwarna kuning keperangan, P. canaliculata lebih banyak ditemui di Kedah. Penyebaran melalui jentera penuai telah menyebabkan P. insularis kini terdapat di beberapa kawasan di Kedah.. Kedua-dua spesis SGE ini terdapat menyerang tanaman padi di Kelantan. SGE mempunyai spektrum pemakanan yang luas. SGE dewasa dapat makan daun, buah, batang dan akar lebih daripada 60 jenis tumbuhan. Anak SGE membesar dengan memakan algae, bahan organik reput dan daun bertisu lembut. Anak siput dapat membesar sekitar 3 cm diameter dalam masa 2 bulan selepas menetas. SGE juga berupaya hidup dalam keadaan kering dan tanpa makanan dengan membenamkan diri dalam tanah. Dalam persekitaran sawah padi yang terdapat di Malaysia yang sentiasa berair dan mempunyai sumber makanan yang tidak terhad, siput dapat tersebar tanpa halangan.
SGE merosakkan tanaman padi dengan memakan anak semaian yang baru bercambah dan menyebabkan kehilangan anak semaian . Bergantung pada saiz siput, anak semaian padi akan terus terdedah kepada serangan SGE sehingga berumur lebih kurang 6 minggu selepas tabur. Masalah SGE lebih serius di Malaysia kerana amalan menabur terus dibandingkan dengan amalan mencedung di negara-negara jiran. Amalan menabur basah (tanpa air menakung) membantu mengawal serangan di peringkat awal. Walau bagaimana pun serangan akan berlaku selepas air dimasukkan semula 7 – 10 hari selepas menabur sekiranya kemasukan SGE tidak disekat.
Pelbagai kaedah diamalkan oleh pesawah untuk mengawal SGE. Di antara kaedah tersebut termasuklah penggunaan racun siput niclosamide, tea-seed cake (penggunaannya diharamkan kerana tidak didaftarkan sebagai racun siput), copper sulfate, endosulfan dan racun serangga lain. Kawalan biologi seperti melepaskan itik ke sawah dan pemeliharaan ikan kap dalam sawah dan tali air juga diamalkan. Kawalan secara fizikal dengan cara mengutip siput dan telur siput sering di anjurkan oleh pihak berkuasa berkaitan. Kawalan yang terhad terhadap serangan SGE mampu diperoleh melalui pelbagai kaedah yang dilaksanakan. Namun serangan berulang setiap musim penanaman dan kawasan serangan semakin merebak.










Wednesday, 31-Oct-2007 01:09 Email | Share | | Bookmark
Apa yg ada didalam fikiran kita ? jika lihat foto dibawah....

Minggu lepas abah balik T.Intan rumah mak.....lepas tu abah p T.Intan , teringat pula nak shoot kad jeti lama........ rupanya jeti tu dah lama tak digunakan....dulu jeti tu digunakan untuk org seberang perak datang ke Teluk Intan....tapi sekarang dah ada jalan raya.....

bila abah dok shoot datang lah dua tiga orng Cina tua mendekati abah ...dan tanya " org surat khabar ke " .....abah jawab " tak saja hobi je".... mereka berlalu ..kekedai sebelah rupanya ada ramai lagi yg di kedai kopi tu nak tau mengapa abah shoot kat situ....

tengah shoot abah terpandangkan sebuah tokong .......dan ini apa yg abah nampak dan rakamkan di lensa abah.....




Bila zoom kan .....nampak dua patung dalam tokong ini ????..... seekor berlebai, berbaju melayu dan bersampin, dan seekor lagi bersongkok dan berjanggut panjang....
abah tengok macam patung melayu dan cina islam..... cuba u all tengok pulak betui ke apa yg abah tengok......



Lepas tu mulalah abah melilau tengok semua tokong dan ini beberapa yang abah dapat saksikan......

Patung yg sekor ni pakai songkok, berbaju melayu kuning dan berkain serta bertongkat...







abah terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut.....kemudian abah cuba sembang dgn tokey cina muda yg baiki aircond kereta abah.... abah tanya mengapa kebanyakan patung berupa melayu bercirikan Islam......katanya mereka banyak tuhan tapi mereka sangat percaya kepadab rezeki, jadi mereka mencari makan di malaysia yg sebahagian besar org melayu Islam jadi mereka harap supaya patung melayu islam tu akan memberi "ONG" atau rezeki kepada mereka......
itu kata cina muda.......cina tua abah tak tanya lagi......



gambar lebih beso........






lensa abah kali ini bukan membawa u all semua utk perkara tidak baik cuba abah rasakan kita perlu tau bahawa sebenarnya penganut ugama lain sebenarnya tahu bahawa Islam itu agama ALLAH yg memerintah alam tapi kita sendiri org Islam gagal untuk mengunakan kepandaian kita utk menakluki dunia ini dan hanya sebuk mempertahankan ideologi sendiri tapi memberi kesan sebaliknya yg mana sekarang org Islam lebih dikenali sebagai yg suka mengebom.....sesama sendiri...lihatlah di Pakistan, Iraq, Hamas Fatah dipalestin, .....afrika.......


Thursday, 25-Oct-2007 03:20 Email | Share | | Bookmark
Penunggu KFC & Aku dgn dunia ku

penuggu1
penunggu2
basikalnya
View all 5 photos...
Pernah pergi KFC tapah tak ? kalau pernah makan KFC di Tapah tentu jumpa org tua ini. Abah tak tahu bila dia mula berada disitu tapi abah dah jumpa sejak tahun 1995 lagi dah dekat 13 tahun rasanya. Setiap hari dia akan berada didepan pintu KFC tu...laganya seperti Pegawai Keselamatan ataupun ada yg kata penyambut tetamu....yg bagusnya pengurusan KFC tidak pernah menghalaunya..... mungkin dulu sebelum ia jadi gila disitulah tempat ia menunggu anaknya yg hilang......mungkin.....





Yang ini basikalnya ...tengoklah penuh sarat barang-barang.... siap sidai tuala lagi,...minuman pun ada... agaknya dlm alam dia , dia nampak macam itu bilik dia kot.....



Siapa nak marah kalau kita nak menghiburkan hati kita sendiri.... gambar ini abah shoot dekat pekan Malim Nawar ketika abah pergi ambil 2 org pelajar tahfiz yg akan jadi imam disurau kami ramadhan dulu.... abah perhatikan pemuda yg mungkin tak siuman ini tiada apa cacat celanya pada angota badannya tapi mungkin hanya beberapa urat saraf otaknya saja yg bersimpul kot ....tapi sedap juga lagu yg dimainkanya...abah tak tahu lagu apa...tapi melodinya sedap le juga..... Adakah ia putus cinta?....atau sahamnya jatuh merundum atau sebenarnya dia tak apa-apa cuma pengiat seni jalanan........

apa cerita disebalik pemuda ini......




Friday, 19-Oct-2007 21:31 Email | Share | | Bookmark
Menunggu anak cucu...............

tok melah
 
 
View all 20 photos...
Sejak abah mula kawin lagi kami dah sekata iaitu bergilir berhari raya dikampung masing-masing. Ini amat penting dlm hidup berumah tangga. Jadi tahun ini giliran abah sekeluarga beraya di Kg Dr.Zeze , Kg Telaga Bata, Langgar Kedah. Memang sejak 20thn yg lalu meriah beraya di Kg ini . Yg menariknya kali ini kami mengutamakan Org tua untuk diziarahi.......

Tok Melah adalah tok (org perak panggil Opah) kpd Dr.Zeze...usianya dah lanjut lebih kurang 98 thn. Sekarang tengah letih aje..... tapi yg abah cukup sanjung ialah anak-anaknya yg menjaganya terutama Makcik Nap Peli yg sentiasa senyum walaupun terpaksa mengangkat, memandi, bagi makan dan menguruskan Tok buang air. Tok masih kenal orang dan dimasa mudanya suka baca alQuran.


Ini mak mertua abah....Hjh Som anak kedua kpd Tok Melah.....setiap 2 hari akan datang kerumah Tok menolong Mak Cik Nap Peli menguruskan Tok. Tok sekarang dah jarang tersenyum, mungkin dah terlalu uzur....


Ini gambar-gambar abah kumpulkan ketika kami menziarahi mereka. MaKngah duduk bertongkat menunggu cucunya datang, Pakngah Sahak dah letih tak lalu nak jalan jauh, Tok Cik Ali pun dah tak boleh keluar rumah, Wa masih boleh memasak laksa.........


Gambar ini abah ambil dari jauh iaitu hari buat ketupat . Makngah merenung dari jauh dan nampak tak berurus rambutnya. Tapi yg abah sanjung suaminya sentiasa menjaganya. Masa abah tengah sembang dgn pakngah tiba-tiba dia masuk kerumah setiap 20minit. Abah intai apa dibuatnya...rupanya dia pegi melihat makngah yg ada didalam dan membetulkan tempat duduk makngah ...mungkin takut terjatuh.... wow ..tekejut abah...bagitu juga bila mama cerita bila dia pegi petang tu hantar makanan dia tengok Pakngah tengah sediakankan makan makngah..... sayu hati ini terfikir juga mampukah abah jadi pakngah satu hari nanti....atau abah pula dijaga mama....


Inilah keluarga mama....ramaikan...kebetulan raya ini semua adik beradik beraya giliran bersama......tengok warna tema kami kali ini .....Hijau itu menawan...atau hijau itu sawah...heheehhhh... yg sleknya...ada bayang tiang dengan kaki trepot le..pulak...heeeh abah ni memang tak perasan betui.....jurugambar amator le katakan.......heheee


dulu depa bayar zakat hantaq beras....sehari sebelum raya tu bersimpang sior le org kg hantar beras ....naik penuh rumah dgn beras org bayar zakat fitrah.....tapi la ni bayar zakat pakai duit pun tak pa.....kebetulan bapa mertua abah jadi amil tahun ni.....


Mak tengah dok ajor Dekna buat ketupat pulut 3 segi....heeeis buka senang nak anyam tapi dekna ni dalam becok macam murai dia tu sanggup juga dia belajo anyam ketupat... kad perak ketupak nasi...tapi mak abah sekarang buat nasi impit aje.... ...


apa si Hadif ni buat kad marka nya...tu....


Zam adik ipar abah dengan anaknya si Hadif cucu terkecil keluarga kami.... zam ni sejak kecil lagi baik beno orgnya...naik moto pun masa muda dulu ...slow aje bawaknya...tapi la ni dah jadi jurutera..... Hadif tu anak sulungnya dengan Ila.....ila ni lagi lembut...elok le jodoh deme bedua.


pernah tengok melodi tak? yg pakai baju oren tu le Penerbitnya... Jamil ....kami panggil 'men' aje.... rumahnya depan surau..jadi tiap kali lepas sembahyang raya kena pergi rumah dia dulu...tahun ni makan mee kari....adiknya rasid pandai buat roti canai.... kalau nak tau gosip artis boleh tanya dia....

Seorang lagi tu Zam adik ipar abah dan seorang lagi tu Fauzi ...biras abah...Fauzi ni seorang yg rajin kerja...tahun lepas dia dapat melintang terus naik pangkat....kalau sembang dengan dia seronok dengor sleng penangnya...kalau bola minat bebenor....


banyak gambor raya sebenarnya lebih 100 keping...tapi tak larat abah nak upload ...sebab lambat le bebenor.....


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net