Syaz fotopages

By: Abah Along

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Saturday, 22-Dec-2007 10:01 Email | Share | | Bookmark
Entry Khas buat Puan-Puan

atas permintaan ramai.........heheheee

Puan-Puan yg dihormati sekelian pada hari ini Chef Wan tidak dapat hadir menjadi host dalam "Rancangan Masak-Masak FotoPages"....oleh itu hari ini Abah akan mengantikan sebentar Chef Wan untuk mengendalikan rancangan ini. Untuk tidak membuang masa kita mulakan rancangan ini.....Kepada Puan-puan yg berada dihadapan Screen Monitor tu jangan lupa sediakan pensel dan raba utk menyalin bahan-bahannya.... Puan Mamabatrice, Cik Shasha, Puan Kamalina, Cik Srsfeqah, Puan Yatiemahil, Puan Kakleen dan Puan Ummirafeeq diharap berada dihadapan screen sekarang sebab abah nak mulakan memasakan sekarang......

Masakan kita hari ini ialah " Pulut Rendang Kicap Kg Parit.........



Bahan-bahannya ialah........

1 kg Daging
kicap (secukup rasa) jgn sebotol pulak.......
1 bungkus Cili Boh
3cm Halia
20 biji Lada Hitam
1 biji Buah Keras
10 biji Bawang Besar
10 biji Bawang Putih
Asam Jawa secukup rasa
Gula sedikit

Daging tersebut puan-puan hendaklah direbus sehingga empuk dan air lebusan nya akan dijadikan sebagai kuah.
Bawang Besar, Bawang Putih dan halia hendaklah dikisar sementara buah keras dan lada hitam ditumbuk , masukan cili boh kemudian semua bahan tersebut ditumis sehingga naik baunya....masukan asam jawa dan sedikit gula
Apabila telah naik baunya , masukan air rebusan daging, kicap dan daging
masak sehingga sedikit pekat....dan kemudian hidangkan bersama pulut putih/kuning atau dgn nasi putih....

Bagitulah resepi kita pada hari ini puan-puan ......kalau salah haraf maaf ye Puan-Puan...oleh itu saya serahkan kembali kepada host rancangan ini yang telah sampai iaitu chef wan.......sekian

heheheeeeeee.......resepi itu abah tanya mak dan Drzeze......

maaf ye...baru belajar jadi host....

Sedikit cerita Kg Parit. .....
Kg Parit terletak didaerah Perak Tengah di Perak. Jaraknya lebih kurang 20km dari Ipoh Perak dan 10km dari Bandar Sri Iskandar . Ia sebuah bandar kecil yg ramai orang yg berasal dari Kampar Indonesia. Org Kampar ini pandai membuat Gula Kabong dan berniaga alatan tembanga, perak dll. Jadi kalau nak beli peralatan ini datanglah ke Parit...

Fakta :

Abah dilahir kan di Parit, Perak + Dr zeze dilahirkan di Kg Telaga Bata ,Langgar Kedah dan = Along dilahirkan Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan

PARIT + TELAGA = KUBANG

ada kaitan tak ?


Gambar Keluarga Hari Raya Aidil Adha 2007 di Teluk Intan


Tuesday, 18-Dec-2007 05:17 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Selamat Hari Raya kepada semua sahabat-sahabat abah di Fotopages......

Abah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan maaf zahir batin kepada semua sahabat-sahabat jika terdapat abah terkasar bahasa atau terguris hati dalam entry-entry abah sebelum ini....haraf maaaaaaaf kan abah sekeluarga....

Abah berhari raya di teluk Intan rumah bapa abah tahun ini, hari raya pertama surau abah korban 6 ekor lembu, Hari raya kedua cadang nak beraya rumah-rumah saudara mara di Batu Gajah ... Singgahlah rumah abah di Bidor jika ada yg lalu pada hari ahad nanti (012-5516219).

ini gambar Bapa kepada Abah iaitu Hj.Syed Muhammed Masri B.Syed Zain serta Ibu kepada Abah Hjh Samsiah Bt. Hashim bersama-sama cucu-cucu beliau ........ Beliau bekas seorang guru dan sekarang berumur 77 tahun.





Bapa & Mak yg Abah sayangi.......
Raya haji ini giliran kami semua beraya diTeluk Intan...dijangka kesemua adik beradik abah akan ballik dan beraya bersama-sama.... Tentu Bapa Dan Emak Abah akan gembira pada tahun ini.......



Kami cadang nak buat "pulut rendang kicap Parit" ...iaitu makanan istemewa keluarga kami setiap hari raya......."rengdang kicap" ini hanya keluarga kami yg asalnya tinggal di Kg Parit, Perak aje yg pakar membuatnya......heheeee




Tuesday, 11-Dec-2007 09:23 Email | Share | | Bookmark
Potong.....potong .....potong......Sunathon...

Penah tengok budak bersunat tak ?......
Ok abah nak berkongsi pengalaman bagi yg tak pernah tengok budak bersunat.
Pada Sabtu 8hb Disember 2007 baru-baru ini abah dan Drzeze telah mengadakan Program Sukarela Sunathon iaitu bersunat beramai-ramai secara percuma kpd anak-anak di Mukim Bidor, Sungkai, Tapah dan T.Intan..... nak tau berapa ramai....156 orang semuanya.... Projek ini dijalankan secara SUKARELA dgn kerjasama PPIM ( Persatuan Perubatan Islam Malaysia ) JKNP dan di uruskan oleh Penduduk Kg Dato'Kamarudddin Bidor. Dibantu oleh Mahasiswa Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (Universiti tempat Along belajar). ada juga dari UMS dan Kolej Perubatan Diraja Perak Dan Kolej Perubatan Pulau Pinang.

Babak Pertama ni abah nak tunjuk gambar bersunat dulu.... jom tengok

Org tua-tua kata org perempuan tak boleh tengok.....lambat baik......hehehee...tapi Dr Perempuan lebih ramai dari Dr lelaki sekarang ni.....

Seramai lebih dari 30 org Sukarelawan terdiri dari Doktor, HA, Kakitangan Hospital dan seramai 100org Mahasiswa dari Universiti Perubatan Cyberjaya yg diketuai oleh Prof Dr. Abdul Latif telah menyunatkan 148 org kanak-kanak dari jam 9.00pagi hingga jam 3.30 ptg. dan 7 orang tak jadi sunat......heheheee

Ada dua cara sunat iaitu guna Laser dan Guna Gunting.

Prof Dr. Abdul Latif dan mahasiswa mengunakan kaedah laser dimana kaedah ini adalah kaedah baru yg mengunakan laser utk memotong . Kaedah ini amat baik kerana ia cepat dan tidak berdarah kerana urat darah tersebut dimatikan dengan leser tersebut . Cuba perati gambar-gambar dibawah.




Cara kedua adalah mengunakan gunting, dll. Ia adalah cara yg biasa digunakan dan cara ini ada darah akan keluar dan ada sedikit tambahan kesakitan .








Kelihatan dlm gambar YB Dato'Samsuddin Abu Hassan ADUN AIR KUNING sedang memerhatikan acara sunat tersebut... Terima kasih YB kerana banyak membantu kami...


Abah sebenarnya penakut......masa along,angah,ajim dan arif sunat dulu pun abah tak masuk bilik bedah hanya Drzeze aje....tapi dek kerana mengiringi YB terpaksalah abah masuk tapi abah menyorok belakang camera aje....heheeeee


Perkara yg paling frust ialah apabila anak yg kita bawa utk bersunat tak mahu bersunat.... kesian kat anak saudara si man tu....dah masuk 4 kali tak jadi bersunat... kenduri dah 4 kali...suspen pun dah 4 kali.....


Untuk meredakan debaran mereka ...... kita mandikan dulu mereka ...... apa lagi hilanglah sementara debaran mereka ...sakan deme mandi....




Along,......
Along lulus test jadi penyunat....jadi pada hari tu dia boleh menyunatkan kanak-kanak tu... dia berjaya menyunatkan 5 orang kanak-kanak... Shukur pada ALLAH ..along dah nampak masa depannya...tapi masih jauh lagi perjalanan....teruskan lah along ...abah sentiasa menyokong mu....





Gambar ni ketika kami menunggu YB datang...lepas tu kami berarak ke tempat perasmian diiringi oleh paluan kompang oleh anak buah cikgu Khalil....

ini deme dah boring menunggu le tu.....


Lihatlah wajah menahan kesakitan.....yg ini hero...sampai nak ditumbuknya Dr. tapi akhirnya Drzeze suruh dia mengucapkan kalimat Lailahhaillaalah.... akhirnya dia bertenang dan dapat menyelesaikan sunatnya.....




Dewan Ini menempatkan 10 meja bersunat.......


Bilik Sek Agama rakyat ini menempatkan 12 meja bersunat.


akhirnya Mat Huzait dan Aiman selamat bersunat.....heheeee kembar aiman si Akmal lari tak mau bersunat.... YB Dato' tengah menyampaikan cenderahati pada Aiman Dan Huzait....


Inilah Mahasiswa/siswi Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dirumah abah..... disebabkan mereka ramai abah tempatkan mereka dirumah keluarga angkat iaitu dirumah penduduk Kg kami..... Bukan main seronok keluarga angkat mereka sebab dapat anak angkat bakal doktor....ada yg belajar tajuit drpd bapa angkatnya sampai jam 2 pagi, ada yg belajar masak rendang.....macam-macam lagi..... Tapi yg bagusnya abah peratikan deme ini bersatu, bertanggung jawab dan menghormati org tua......

abah dapat 9 anak angkat....tapi dik kan kesebokan menguruskan program tu ..tak dan abah nak bermesra dgn mereka..... lebih-lebih lagi ada lebih 40org sanak saudara abah ada juga datang kerumah abah utk program tersebut...jadi rumah kami cam pesta lah pulak.....



Terima kasih kepada semua SUKARELAWAN-SUKARELAWAN juga semua termasuk org kg abah yg bertungkus lumus menjayakan program tu........Semoga ALLAH sahaja yg membalasnya.......

Banyak Gambar-gambar lagi, yg mungkin ada di PF Drzeze dan Along Syafiq.......

asssalamualaikoum......

keluar surat khabar le pulak.............





Saturday, 1-Dec-2007 17:35 Email | Share | | Bookmark
Mee Waiwai & Lens 28-80mm

Mee Waiwai

Sebenarnya ini lanjutan dari cerita "pekan rabu" . Ditepi pekan rabu tu ada sebuat gerai yg menjual Mee Waiwai. Mee ni kalau makan berpeluh dibuatnya...lagi-lagi bila tambah cabainya. Disini depa panggil mee waiwai.......sebenarnya ia adalah kuay teow halus sup ala Siam ...... ia terkenal di Kelantan....




Sup Ala Thai.......


Kami sebenarnya pelangan pertama. pada tengahari tu...


Cuba Tengok Tangan 3 beradik ni ....sama aje....Sedap bebenor makan mee Waiwai le tu...


Ini le ramuan yg dicampurkan dalam mee waiwai ni.....tengok le...




Lens 28-80mm 1:3.5-5.6 II

baru ni abah teringat 10thn yg lalu abah ada Canon SLR dan dah lama abah tak pakai...jadi abah cari-cari jumpa le.... abah try ia berfungsi dengan baik cuma kena pakai filem le...... abah cabut lensnya try kad DSLR abah.....eh ...cantik pula kan...
di lensnya tertulis..Lens 28-80mm 1:3.5-5.6 II... abah bukan tau sangat pasal lens ni pakai shoot aje.... bila shoot seronok le pulak .....

jom tengok hasilnya....



Pokok ubi ni.....memang dah lama abah nak shoot kat sini........



Yang ini masa langit tengah banyak warna.....





Sebenarnya lepas sembahyang subuh abah nak p beli roti canai.....masa lalu tu nampak matahari terbit terus abah shoot gambar pokok tadi tapi injin kereta abah tak dimatikan kononnya nak sekejab.....tapi sebenarnya dik kerana ashik shoot abah lupa dibelakang kereta abah tu dah ada lima kereta menunggu dibelakang...tapi yg bestnya deme tak hon pun mungkin bagi peluang abah shoot dulu kot....



ini mak tani ......



Yang ini bagunan Bandaraya Ipoh waktu malam...abah shoot masa Drzeze tengah order Yong Tau Fu Sup......kami makan kat gerai terbuka atas jalan raya depan dewan bandaraya tu.....



Yang ini rempit cilik di kawasan sawah...



Ini anak saudara abah Nurul Nabila namanya ..... abah try lens abah untuk potret le pulak..









Tuesday, 27-Nov-2007 04:40 Email | Share | | Bookmark
Pekan Rabu Aloq Staq.........

Asalamualaikum,...
kali ni abah nak cerite sikit pasai Pekan Rabu kad Alor Setaq..... lepas balik dari hospital tempohari abah terus p aloq staq sebab nak basuh kereta . lepas tu bila lalu kad Pekan Rabu teringin pulak nak shoot ....mungkin berguna utk geng PF yg belum sampai lagi kad Pekan Rabu...... abah pun parking kereta terus shoot...atas bawah...tapi bila dah dekat 10 shoot abah terpandang .......... skrin camera....rupanya flashcard abah tak ada..... ini kes zaman dulu tangkap gambar tak ada kodak le........

Nasib baik ......besoknya abah teman Drzeze nak tempah baju.....jadi abah ambil kesempatan le shoot....

"Pekan Rabu"



"Pekan Rabu" ini dibina pada tahun 1975 dgn belanja 3.2 juta dan bina fasa kedua pada tahun 1990. Ia mengandungi sebanyak 347 gerai yg dibina bertingkat-tingkat . Pekan Rabu ini menjadi tarikan kepada pelancung dalam dan luar negara. Ada pelbagai jenis barangan dijual disini....

Ditingkat bawah dipenuhi kedai makan....antara yg spesial ialah nasi ayam, Cuba Ais Kachangnya yg tinggi mengunung, kalau sebelah petang penuh dgn kueh basah...sebelah paginya kita boleh dapat pulut tumpang yg dibalut dgn daun pisang tapi seperti kon dimana ditengahnya ade lauk.....macam gunung tingginya...



Ada 4 tingkat ...dan yg menariknya tangganya zig zag...... letih le kalau ikut org rumah yg suka soping tu turun naik tangga.....


Baulu, empin,kuah rojak, Batang Buruk, kueh bakar, serunding.....banyak lagi tengok le dlm gambar tu...... Asam Jawa tak ade biji pun terkenal juga disini.... beli le..


yang hebatnya bukan setakat makanan .....cuba tengok iklan tu..... EJEN MENCARI JODOH PUN ADA ........... sapa nak cari jodoh mai le Pekan Rabu.....



Ubat Tradisional pun ade......pun ramai org beli jamu ... sebab tu marka kedah ramai yg come-come.....


Tengok ramai orang disetiap tengkat....tudung pun banyak jugak...



Tudung, lebai, sejadah, telekong, songkek, batik pun ade.... tengok kain telekongnya cantik berjahit sulam berwarna warni.......


Kedai Songkok ....... Depa kata Dr Mahadhir suka mai kedai di Pekan Rabu ni..... salah satunya kedai songkok.... Abah beli songkok tinggi 7 inci....lepas tu bila pakai senget kan sikit baru nampak cam PRamlee nak p kawin.....



Macam-macam ade......


Yang paling popular adelah kedai jual pelbagai barang makan kundapan..... antaranya adalah DODOL......macam-macam dodol ade....dodol durian,biasa ,,,,,,,,pulut hitam pun ade...serunding daging.....
pendek kata kalau p sana banyak beg le kena bawa..........




Org perempuan paling suka p pekan rabu ni sebab banyak gerai tudung , ...... jom tengok... barangan siam pun banyak....... sapa nak p beli jersey ragbi pun ade....macam original ....


kedai fesyen pun ade........


Ini abah try shoot gambar songkok pulak....





kraf tangan pun ade.........



Yang ini 'Awa" adik sepupu Drzeze...ade seorang lagi"Pah" nyorok kad belakang...malu katanya....



ade satu lagi nak cite pasal pekan rabu ni........ nanti next entry le........





[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net