Syaz fotopages

By: Abah Along

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 15-Aug-2007 15:12 Email | Share | | Bookmark
1 bas 4 kereta mai serbu rumah.....

gambar depan rumah
nak balik dah
pulun durian
View all 18 photos...
Pada 12 ogos baru ni ada kenalan kawin kad Bidor. Namanya Atie iaitu staf Kumpulan Nashid Hijjaz . Kebetulan depa pun kenal kami. apalagi lepas p rumah kenduri deme datang le pulak rumah abah iaitu 1 bas 4 kereta. Deme ni ada banyak kumpulan hijjaz, syfa, unic, mustika, e man dan entah apa lagi.....

















Saturday, 11-Aug-2007 16:30 Email | Share | | Bookmark
Teluk Intan,Perak

menara condong
menara condong teluk intan
lagi menara condong
View all 12 photos...
Minggu sudah abah balik ke Teluk Intan. jadi teringin pulak tangkap gambar menara condong. ala macam menara pisa lah...... tapi lepas tu pegi pulak dekat sungai perak.
nampak lak sebuah pondok ditepi sungai....jom tengok




Gambar ini diambil ditepi sungai perak disebuah pengkalan bot tambang yg menghubungi Teluk Intan dgn Seberang Perak. Jalan raya memang ada tapi ramai yg nak shortcut......





Betui ke batu ini hidup. masa kecik-kecik lagi abah telah diberitahu bahawa batu ini semakin hari semakin membesar.....entah ke betui entah ke dongeng aje..tak ada plak org pi sukat...





Friday, 10-Aug-2007 06:13 Email | Share | | Bookmark
Siapa pandai JAWI?

salinabam 14
stop
taman perumahan
View all 8 photos...
Lama betui abah perhatikan tapi masih tiada jawapan, ada sesiapa tau apa maknanya? itulah contengan yg paling banyak dipapan-papan tanda arah di Bandar Bidor. Tulisanya seakan tulisan jawi tapi lain sikit kalau diperhatikan titiknya. Ada org kata tulisan pakistan.



Abah cuba bersembang dgn org-org lama dibidor dan dapat tau ceritanya .
Begini ceritanya ......... ada seorang pakistan dibandar Sungkai kira-kira 20km dari Bidor. Ia seorang perniaga kapet, kain dan baju-baju yg berjaya. Besar kedainya di Sungkai. Maka ramailah pelanggannya. Memang terkenal dipekan-pekan kecil mereka ini dikenali sebagai bengali kapet yg datang berkunjung kerumah-rumah org. Selalunya mereka ini hensom macam hero hindustan (banyak isteri-isteri yg terpikat). Jualan ini selalunya berhutang. mengikut ceritanya Dia pun berkahwin dengan bini orang sungkai. tapi lama kelaman terlalu ramai yg berhutang sampaikan dia tak boleh pusing duit akhirnya dia jatuh bangkrab. Dia jadi gila dan mulalah dia menulis disetiap tempat yg dia hendak tulis. Kadang-kadang dia berjalan sehingga 20km dari Sungkai Ke Bidor.



Wednesday, 1-Aug-2007 15:39 Email | Share | | Bookmark
Ceramah Dato Seri Harunsani (Mufti Negeri Perak) & Majlis Doa

mufti negeri perak
Doa selamat
minum
View all 20 photos...
Pada 28hb Julai 2007 yg lalu abah berjaya membawa Mufti Perak berceramah disurau kami (dah booking sejak bulan Feb lagi). Apalagi bagitu ramai yg hadir sebab bukan senang nak panggil mufti ceramah lagi-lagi mufti ini adalah Mufti yg paling berani menegor kesalahan dlm Malaysia ini.



Disamping tu ....abah & keluarga mengambil kesempatan ini mengadakan majlis doa selamat utk along balik ke U dan Azim utk UPSR. Puas hati juga lah sebab hampir semua penduduk kg sudi hadir ditambah lagi Dato' Mufti yg membaca doa.













Wednesday, 1-Aug-2007 04:12 Email | Share | | Bookmark
Mati katak....

kesian kad katak
mati lagi....
kata org kalau tak ada insuren eksiden mati katak lah jawabnya... tapi yg pasti memang banyak katak mati kena langgar tiap hari.
Ada sesiapa yg tahu sebabnya...?
adakah sebab dia tak tengok kiri kanan masa melintas atau..
tak pakai baju kilas cahaya ......atau
dia lompat slow sangat dan tak jauh......

entah le....kalau ada sesiapa tau tolong khabo ........





[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net