Asalamualaikom...............
Hampir sebulan lebih abah tak menjengok sahabat-sahabat sekelian.......terasa rindu betui.....tapi apakan daya......abah semakin sebuk kesana kesini.......... Terimakasih kepada Norsham, Nurul, Mama Fifi, Baayah, Aisyah, Umi Alya, Aytty Along yg ucap hari bapa kat Abah....maaf abah tak dan nak balas....
Tersentuh abah bila Yatie Dan Madiha bertanya khabar tentang kesihatan abah........tersentak dihati abah.....bahawa abah dah tua dan perlu lebih jaga kesihatan........ Terima kasih kepada semua sahabat anak cucu yg mengenali abah.......
Haaaaaaaa.......kali ini panjang sikit citenya........ Cite pasal
MATI .................. maaf ye kepada yg tak tahan melihat gambar-gambar dibawah ini sebab abah akan paparkan 5 kesah/gambar Bapa,Ibu Saudara dan Tok abah yg telah meninggal......
ANGAPLAH INI SEBAGAI SEMANGAT KITA UNTUK TERUS MENYIAPKAN DIRI KITA SEBELUM DIPANGGIL ALLAH .........................
ALLAH maha BESAR.........ALLAH HU AKBAR.........
1.0 JENAZAH TERSENYUM ---Paksu Kadir 27Mei2008
Lebih kurang Tiga minggu lepas abah dikejutkan berita Bapa Saudara Abah Pak Su Kadir sakit di Batu Gajah....Inilah keadaannya bila abah pergi ziarah dia....selalunya bila abah datang ziarah dihospital dari jauh dia dah senyum walaupun sakit.....tapi kali ini tiada lagi senyuman darinya....ia hanya melihat abah dgn wajah yg kesakitan tapi masih kenal abah......
Tapi 3 hari lepas tu atas panggilan ALLAH beliau meninggalkan kami.....tapi inilah wajahnya setelah kesakitan semalaman maka pagi jam lebihkurang jam 10 pagi beliau telah pergi meninggalkan kami.....
(walaupun boleh dipertikaikan kegagalan rawatan yg diberi tapi panggilan ALLAH juga yg kita patut redha i .......)
Sedang abah menyiapkan persiapan pengkebumian Pak Su abah ini tetiba emak abah kelamkabut memanggil abah dan beritahu Pak Su kamu masih panas badanya dan tersenyum......abah pun pergi melihat SUBHANAALAH ...kuasa ALLAH memang Pak su dah tersenyum...dadanya terasa panas .....kelam kabut mama memeriksanya .....tapi memang benar paksu telah pergi.....tak kembali lagi...... abah sempat mengambil gambarnya tersenyum tapi malangnya tangan abah mengeletar jadi gambar tak clear...tapi cubalah tengok gambarnya ini....dia tersenyum akhirnya......
Disurau abah ceritakan kejadian ini kepada jemaah dan salah seorangnya adalah yg selalu memandikan mayat......Dia berkata sessungguhnya bapa saudara kamu ini ada bende yg baik yg dibuatnya...... cuba tanyalah Mak saudara kamu peribadi apakah yg bapa saudara kamu ini amalkan dan yg pasti semasa hidupnya Pak Su Kadir ini sentiasa tersenyum dengan semua orang......
Inilah wajahnya yg tersenyum....
2.0 MAKNGAH BERWAJAH LEMBUT Mak Ngah Siah - 31Dis2007
Yang ini pula kesah Makngah abah.......Makngah sakit lama....abah dah ceritakan entry sebelum ini bagaimana PakNgah menjaga makngah sehingga ke akhir hayatnya.....gambar dibawah ini menceritakan segala-galanya......
Wajahnya abah tengok bagitu lembut .........mungkin sebab beliau adalah Tok Guru mengaji Al Quran dikampong itu.......masa mudanya pelbagai kerja org lelaki dia buat bersama Pakngah termasuk menebang pokok di hutan dan juga mengikat simen dirumahnya......
Ini gambar ketika Makngah nak melawat adiknya yg jatuh sakit kena strok...walaupun dia sendiri teruk sakit tapi dia nak juga melawat...mujur Drzeze dan anak abah bawakan juga melihat adiknya...
Inilah adiknya....tapi dia pula yg pergi dahulu....abah ada rakam suasana sedih dua beradik ini bertemu tapi tak boleh bercakap antara satu sama lain kerana yg adiknya tu strok .....
3.0 Pak cik Masri - 25September2007
Yang ini Pak Cik Masri abah.....dia tinggal di Kajang.....apa yg abah nak ceritakan Pak Ci Masri ini adalah Imam Surau di Taman ditempat dia tinggal......ALLAH....... kalau dilihat semasa hidupnya terlalu baik orangnya.....tak pernah nak bercerita tentang orang......tapi yg abah terkilan ialah perginya menemu ALLAH seperti telah diatur.......
Ini gambar sehari sebelum dia meninggal.....abah melawat dia dihospital di KL ...walaupun memakai alat penafasan dihidung dia tetap senyum dan melayan tetamu.
Pagi Sebelum dia menjalankan pembedahan tu dia dah berpesan dan mengatakan bahawa Dia redha mati dan dia telah berpesan kepada semua anaknya supaya menjaga emak mereka dan banyak lagi.... tapi betul .......pembedahan tu tak berjaya dan beliau meninggal kan kami.....
Kematianya seperti diatur....hari ini ada besok dah tak ade..........
Beliau disembahyangkan disalah sebuah surau terkenal berdekatan dengan UKM bangi.......
Abah cukup suka kerana disurau ini apabila ramai diantara yg bersembahyangkan jenazah ini telah menyedekahkan kembali wang sedekah sembahyang kepada waris simati.....ade tempat yg memanggil orang pondok menyembayangkan jenazah tapi semua misti dibayar....bayaran kenderaan membawa ahli sembahyang, minyak motor dan akhirnya sedekah sembahyang.....perbelanjaan sembahyang aje dah dekat 1k..... ditempat abah org dah mula faham ...sekarang kebanyakan nya menyedekah semula kepada waris....baru ikhlas....
4.0 TOK MELAH - 16Nov2007
Tok Melah ini telah hampir lebih 90 tahun umurnya.......apa yang abah nak cite tentang aruah ini adelah tentang anak cucunya.....entah berapa ramai anak cucunya abah tak kira .....tapi bila dia tiba-tiba sakit maka berkumpul lah semua anak cucunya dari seluruh kedah......
Tok Melah ini sakit selama sebulan sebelum meninggal ....Yang abah paling hormat keluarganya ialah bila melihatnya sejak dia sakit sebulan itu hampir setiap detik anak cucunya bergilir-gili membaca Al Quran dan Yasin. Rumah anaknya tu setiap hari dikunjungi saudara mara yg datang menziarah seperti kenduri kahwin....setiap orang akan secara sukarela bersedekah ade yg bagi beras, duit, ikan, kuih dll .... Dan hampir semua anaknya berada menjaganya disisinya sehingga keakhir hayat......
Ini mak saudara iaitu menantu Tok Melah yg tak jemu-jemu menjaganya...
ade cerita lagi ni...abah nak berhenti sekejab nak pergi makan...
ok sambung balik........dah kenyang dah....makan dgn keluarga di Restoren Teratak....
5.0 Long.....Mak Long dan Cap Jari.... 24Mac2008
Mak Long ini kami panggil "Long"...sebab dia kakak tertua ibu mertua abah.....rumahnya di Kebun Lima Ratus.......sedap juga nama tempat tu....kalau nak pegi rumahnya kita terpaksa masuk kawasan kebun getah dan terletak dihujung kampung dikelilingi Kebun Getah......setiap kali hari raya kami misti pergi kerumahnya dan dia akan masak lauk kampong....aduh sedapnya.....
Apa yg abah nak cite tentang long ini ialah tentang kematiannya.....sepertimana yg abah beritahu sebelum ini Kematian adalah kuasa ALLAH......tapi perjalanan kita nak mati tu............
Long ini jarang benar kami dengar cerita dia sakit......tiba-tiba dia jatuh sakit dan dimasukan hospital.....setelah seminggu masuk hospital dia dibenar pulang dan dikatakan ada masaalah jantung.
seminggu lepas tu adik ipar abah pegi rumah dia nak uruskan kes urusan tanah. Jadi seperi biasa Long sihat dan elok bersembang.....tapi masa nak menandatangan surat urusan tanah tu dia kena cap jari....tapi bila cap aje jarinya.....tiada kesan uratnya..cap jarinya tak lekat...adik ipar abah usaha untuk cap jarinya berkali-kali tapi masih tak lekat...akhirnya depa cap aje lah........ tapi deme tak kesah le......rupa-rupanya besoknya dia diserang sakit jantung sekali lagi...... banyak tanda-tanda org akan mati ....contohnya kakinya terkulai, hidungnya dah jatuh dan lain-lain....
Apabila dimasukan hospital........kebetulan pada masa itu semua katil ccu telah penuh.....jadi dia terpaksa diletakan di wat biasa......malang bagi dia kerana diwat biasa ini tiada kemudahan merawat sakit jantung seperti CCU.......jadi apa yg abah nak citekan disini apabila ia diserang sekali lagi tiada kemudahan canggih yg dapat membantunya kerana wat tersebut tiada kemudahan ccu........walaupun kita tahu ia adalah panggilan dari ALLAH ............ tapi kita nampak bahawa walaupun ada kemudahan yg canggih ......tapi jika sudah tiba masanya......ALLAH aturkan bagitu jalanya.....
JADI..................SEMUA SAHABAT ABAH SEKELIAN........BERHENTI DAN FIKIRLAH SEJENAK BAHAWA AKAN TIBA MASANYA UNTUK KITA PULA..........dah bersediakah kita.....kalau belum....apa lagi mulalah.......
##################
BEBERAPA PERKARA ##############################
Pertama.
Beberapa perkara yg abah perasan semasa menolong mengurus kan jenazah adalah rungutan Tok Imam dan orang-orang tua......memaklumkan keresahan mereka tiada pelapis untuk mengantikan mereka mandi mayat dan juga urusan mengkafan jenazah.....perkara ini adalah fardu kifayah..... disetengah tempat seperti di bandar-bandar besar ...pengurusan jenazah telah dibuat secara pakej.....yg bernilai antara RM 1000 hingga ke RM 5000.....
Kedua
Abah peratikan sudah kurang orang menziarahi orang meninggal membacakan Al Quran.....atau Yasin... kebanyakan yg datang akan datang tengok mayat dan kemudian duduk diluar rumah bersembang menantikan jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Alangkah eloknya kalau kita boleh sedekahkan bacaan alquran kepada simati.....
Ketiga
Disurau abah kami telah berpakat jika ada kematian dikampong kami , surau akan mengeluarkan duit sebanyak RM100 kepada satu kumpulan kaum wanita yg akan memasak nasi untuk keluarga simati kerana selalunya selepas pekembumian saudara-saudara si mati akan letih dan memerlukan makanan. Surau juga akan membuat kenduri tahlil yg pertama malam itu bagi mengurangkan beban sanak saudara yg baru selesaikan menguruskan kematian. jadi itulah antara sumbangan yg dapat surau kami buat untuk membantu keluarga yg meninggal.
Yang ini cerita lain pulak.........
Budak dua orang ini tak tau apa....deme main tepi kubur.....langsung tau tau apa sebab deme ni kecil lagi....abah duduk didepan mereka.....sebelah abah duduk seorang budak yg telah dewasa tapi tak berapa cerdik.....semasa org tengah baca talkin...budak sebelah abah tu suruh abah tengok atas pokok arah didepan abah......dia kata ada monyet......bila abah tengok tak ade le pulak.....dia kata ada......jadi abah buat tak tau aje lah...sebab dia tak berapa cerdik...tapi dalam hati tu takut le juga........
Ok bye....jumpa lagi.........
Ini ada sedikit maklumat mengenai tanda-tanda kita nak mati.....
################### Tanda 100 hari sebelum hari mati #############################
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu
dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran
tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang
hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap
begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran
tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada
untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur
dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut
akan
mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,
antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan
terjadi
malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika
ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan
ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan
kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.
Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak
saling berpesan2lah sesama kita